Malay Translation of the AIL Statement on the 2nd Anniversary of the Al-Aqsa Flood
We hereby share a translation of the recent Anti-Imperialist League (AIL) statement on occasion of the 2nd Anniversary of the Al-Aqsa Flood. The translation was published by Bandera Merah from Malaysia.
Palestin: Pembunuhan Beramai-ramai, Kebuluran dan Perampasan
“Kita adalah rakyat yang dihalau oleh tanah sendiri kita. Kita adalah mangsa kepada mangsa, diusir untuk membuat ruang untuk negara Yahudi”. Perkataan Edward Said tentang buangan 1947-48 masih menyatakan realiti rakyat Palestin hidup dalam. Tujuh puluh tujuh tahun telah lalu; tarikh dan nama telah berubah, tetapi ketiadanegaraan, kemiskinan, kebuluran, buangan, dan kematian rakyat Palestine tidak berubah. Aspek terbahaya tentang apa yang berlaku hari ini adalah keganasan tentera telah bergabung dengan pencekikan ekonomik dan pengepungan kemanusiaan, membuat kebuluran sebagai sebuah senjata strategik. Kebuluran bukan sekadar akibat tetapi alat langsung untuk pemindahan terpaksa dan perampasan.
Sejak 7 Oktober 2023, masjid, hospital, sekolah, rumah dan kem pelarian telah disasar dengan 17,000 tan bom dijatuhkan hanya dalam dua tahun. Kira-kira 65,000 penduduk (hampir 8% populasi Gaza) telah dibunuh, 160,000 dicedera dan ribu-ribuan tertimbus di bawah runtuhan. Sebelum 7 Oktober, 39% populasi 2 juta Gaza dan 36.7% Tebing Barat di bawah umur 14. Menurut laporan UN pada 24 September 2024, dalam hanya tiga minggu bermula, jumlah anak yang dibunuh di Gaza melepasi jumlah yang dibunuh di konflik merentasi lebih daripada dua puluh negara dalam tiga tahun yang lalu. Ini menggambarkan dengan jelas bahawa Gaza telah menjadi Guernica Palestin.
Pengeboman menghancurkan infrastruktur, diikuti dengan sekatan bantuan kemnusiaan asas. Air, makanan, ubat, minyak dan elektrik disekat atau sepenuhnya dihentikan; hospital tidak boleh berfungsi, kadangkala diserang secara langsung. Pencekikan ekonomik menyusuli. Di bawah Protokol Ekonomik Paris yang ditandatangani pada pengakhiran proses Oslo, Israel, dibenarkan untuk mengutip cukai bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin, menghalang pemindahan bernilai $188 jutu sebulan (64% jumlah nilai pada 2021), memustahilkan pembayaran gaji kakitangan awam dan tentera. Menurut laporan Kav LaOved pada Januari 2022, upah rakyat Palestine yang bekerja di Israel mempunyai 40% pendapatan Palestin dan data Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) menunjukkan bahawa hampir 20% KDNK bergantung kepada saluran buruh ini. Selepas 7 Oktober, pembatalan permit kerja melesap talian hayat ini, lebih melemahkan fabrik sosial. Pertanian juga disasar: akses kepada ladang untuk pengairan atau penuaian tidak dibenarkan dengan alasan keselamatan kononnya, dan wartawan mendokumentasikan pembakaran dan pencabutan 10,000 pokok zaitan di Tebing Barat, Gaza, Ramallah dan Jenin. UN melaporkan bahawa antara 21 Jun dan 21 Juli 2024 sahaja, 1,057 rakyat Palestine telah dibunuh semasa menunggu dalam baris bantuan makanan. Maka, kebuluran bukan sahaja hasil tetapi juga cara untuk mengusir rakyat dari tanahnya.
Israel telah menahan populasi yang ia tidak boleh membunuh dalam pekan, kampung dan kem di Tebing Barat, Baitulmuqaddus Timur (lebih dikenali sebagai “Jerusalem” Timur) dan Gaza yang dikepung oleh dinding, pusat pemeriksaan, pagar besi dan blok konkrit — menjadikannya penjara terbuka. Pelucutan dan penghinaan, penahanan sewenang-wenangnya, penjarahan dan pembakaran pemilikan, perampasan tanah dan bahan oleh penjajah — kadangkala dengan perkhidmatan pengiring tentera — melengkapkan rejim keganasan bersentiasa dengan kebuluran dan buangan.
Corak yang diperhati secara mengulang adalah ini: pertama, amaran seperti “kawasan ini tidak selamat, pindahlah”; kemudian, kawasan itu akan dikenakan pengeboman berat dan operasi. Kitaran ini memaksa penduduk dalam pemindahan terpaksa malar. Hasil praktikal adalah depopulasi beberapa kawasan dan mengalih kawalan kepada mereka.
“Depopulasi” kawasan tersebut disusul dengan pembinaan semula dan penyusunan semula tanah dengan urusan ekonomik dan demografik baru. Model ini bertindan dengan taktik pemindahan terpaksa kolonial sejarah: menjadikan hidup tak tertahankan, mengusir rakyat, kemudian menyusun semula kawasannya. Templat ini dapat dilihati kini di beberapa bahagian Gaza dengan kajian kes serentak berkembang: perintahan pemindahan, depopulasi, pembinasaan, kelucutan keperluan kemanusiaan asas, penghijrahan dikuatkuasa. Kitaran ini ulang demi ulang.
Contoh bersejarah menunjukkan bahawa mekanisme ini biasa: di Amerika Utara, orang asal mengalami kebuluran dan dibunuh masuk ke dalam reservasi; di Australia, orang Aborigin mengalami pemindahan terpaksa, kebuluran dan pembasmian budaya. Jelaslah templatnya: menjadikan hidup tak tertahankan, kemudian mengemukakan penghijrahan secara “sukarela” atau “sementara” sebagai sebuah “solusi”. Hasil sebenar adalah kehilangan tanah dan penyusunan demografik. Apa yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah versi kontemporari templat ini.
Mekanisme ini didedahkan bukan hanya dalam praktik tetapi juga dalam wacana. Pada awal 2025, bekas Presiden AS Donald Trump, mengisytiharkan bahawa Gaza tidak boleh didiami, mengemukakan pemindahan rakyat Palestine ke Mesir atau Jordan sebagai solusi yang “sukarela” dan “sementara”. Dengan mencadang “tanah boleh dijumpa dalam bahagian, dan rakyat boleh berpindah ke tempat yang lebih selamat”, beliau ingin melegitimasikan penghijrahan terpaksa. Beberapa pegawai Israeli menghujah dengan serupa untuk pemindahan semula populasi Gaza di Sinai dan mengalakkan mereka yang “berhasrat” untuk keluar dari Gaza. Semua orang tahu bahawa “pilihan” yang diputuskan di bawah keadaan kebuluran, pengeboman dan keruntuhan ekonomik bukannya kebebasan kehendak; ia adalah penyamaran retorik untuk buangan terpaksa.
Pemindahan terpaksa dan saluran populasi adalah antara pelanggaran parah undang-undang antarabangsa. Penghapusan hak untuk kembali balik bermakna penghancuran harta milik, kenangan budaya dan penerusan sosial. Solusi berada dalam urusan malar yang menghalang rampasan rakyat, menegakkan hak rakyat Palestine untuk penentuan nasib sendiri, dan menjamin keselamatan awam dan akses kemanusiaan.
Oleh itu, kami, sebagai Liga Antiimperialis, menekan bahawa: Apa yang berlaku di Palestine bukan sekadar konflik rantau. Ia adalah bentuk moden kolonialisme, praktik berterusan penyusunan demografik dan perampasan tanah. Sini, kebuluran bukan hasil tetapi senjata perang yang diguna untuk mengusir rakyat dari rumah, tanah dan tanah air. Pengekalan perang ini direalisasikan oleh sokongan tentera, ekonomik dan diplomatik oleh kuasa imperialis. Tanpa pelindungan imperialis AS dan Eropah, pembunuhan beramai-ramai ini tidak dapat berlangsung. Maka, solidariti dengan rakyat Palestin juga memerlu mendedahkan ekonomi perang imperialis, menggangu jualan senjata dan saluran kewangan, menjamin koridor bantuan kemanusiaan atas politik, dan memperluaskan solidariti buruh internasionlis.
Hari ini, penentangan di Gaza yang melawan kebuluran dan buangan memupuk ilmu dan semangat untuk penghalang dinaikkan esok di tempat lain. Penentangan Palestin adalah penentangan umum manusia. Perjuangan di Palestine bukan sekadar perjuangan satu rakyat untuk kewujudan, tetapi perjuangan umum semua rakyat tertindas dan bekerja. Kita memandangkan penentangan terhadap kebuluran, buangan dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza sebagai sebahagian daripada perjuangan kita. Solidariti kita tidak boleh hanya berada dalam perkataan tetapi dibina melalui praktik teratur dan internasionalis. Berganding bahu dengan rakyat Palestine, membongkar peniaga senjata imperialis, pembiaya perang dan rejim yang bekerjasama, memperluaskan solidariti antarabangsa kelas pekerja, dan mencipta intifada baru dan pusat penentangan baru adalah tanggungjawab setiap Antiimperialis kini.
Dan kami, sebagai Liga Antiimperialis, mengisytiharkan bahawa kami berdiri bersama penentangan ini dan melihatnya sebagai sebahagian daripada perjuangan kita.
Tanah Air rakyat Palestine Ialah Tanah Palestin!
Penduduk Zionis Israel Adalah Pihak Menduduk pada Tanah Palestin!
Hidup Palestin yang Bebas dan Merdeka!
Seribu Tabik kepada Pejuang Penentangan Palestin yang Memperjuangkan Kemerdekaan dan Kebebasan!
Turunkan Zionisme, Imperialisme dan Segala Jenis Reaksi!
Hidup Hak untuk Penentuan Nasib Sendiri bagi Negara Palestin!
JAWATANKUASA PENYELARASAN LIGA ANTIIMPERIALIS
Oktober 2025