Traducción al malayo de la Declaración de la LCI por el 1º de Mayo

A continuación compartimos una traducción de la declaración de la Liga Comunista Internacional (LCI) que ha sido publicada en la web CI-IC.


Proletar semua negara, bersatulah!

Deklarasi 1 Mei 2026:

Marxis-Leninis-Maois semua negara, bersatulah!

Rakyat Revolusioner Se-Dunia, bersatulah dan kalahkan imperialisme, revisionisme kontemporari dan semua reaksioner!

Liga Komunis Antarabangsa menyalami proletariat antarabangsa, rakyat massa sedunia dan Gerakan Komunis Antarabangsa sempena Hari Proletariat Antarabangsa.

Tahun ini, kita menyambut ulang tahun ke-60 permulaan Revolusi Agung Kebudayaan Proletariat (RAKP) pimpinan Mao Zedong. Ia merupakan peristiwa penting bagi pengalaman sejarah Revolusi Proletariat Dunia. Memandang balik kepada dekad-dekad lalu, kita dapat melihat kepentingannya telah meningkat sahaja seiring dengan masa dan iktibar-iktibar abadinya perlu ditegakkan, dipertahan dan diamalkan lagi. Selain itu, sempena ini, kita menyampaikan penghormatan kepada Komrad Basavaraj, Setiausaha Agung Parti Komunis India (Maois) [PKI (Maois)] yang mengorbankan nyawanya dengan heroik hampir setahun lalu demi mempertahankan Marxisme-Leninisme-Maoisme, Parti dan Perang Rakyat.  Kehormatan dan Kemuliaan Abadi kepada Komrad Basavaraj!

Hari ini, keadaan objektif untuk perkembangan revolusi di Dunia ini terbaik. Revolusi ialah kecenderungan sejarah dan politik yang terutama. Perang-Perang Rakyat bertahan dan perang-perang baru sudah hendak dimulakan. Ia adalah situasi rumit di mana perang-perang serba jenis bergelora, ini bertepatan dengan sifat berletupan Massa yang meningkat setiap hari. Jadi, tidak aneh bahawa pembela Tatanan Lama, imperialis dan semua hamba-hambanya, membuat apapun mungkin untuk mengelirukan rakyat dan menyebar pesimisme. Dengan ini, kita kaum komunis ada lagi-lagi alasan untuk berpegang teguh kepada konsep strategik Mao Tsetung yang disebarluas masa RAKP: Imperialisme dan semua reaksioner ialah harimau kertas! Jiwa menentang dan bersemangat inilah yang Komrad Basavaraj beri hidupnya dengan. Mari kita persenjatai diri, kelas kita, dan Rakyat-Rakyat dengan cara yang sama, dan tiada rasa kekalahan yang revisionis ataupun oportunis boleh menyebabkan kekeliruan lagi!

Imperialisme berada di dalam krisis kemerosotan umum

Imperialisme, tahap tertinggi kapitalisme, ialah kapitalisme monopoli dan kapitalisme yang merosot. Ia tidak boleh tawarkan apa-apa kemajuan sebenar kepada massa, hanya lagi perang-perang perompakan, pemerasan dan penindasan. Hari ini, golongan terkaya 10% memiliki 75% kekayaan dunia. Golongan terkaya 0.001%, kira-kira 60,000 jutawan besar, memiliki tiga kali ganda kekayaan daripada apa dimiliki oleh separuh manusia. Ini adalah sebuah proses penumpuan yang semakin memecut, pada kadar 8% setahun sejak 1990-an. Pada tahun 2025, kekayaan jutawan besar menaik 16%, tiga kali ganda berbanding dengan lima tahun lalu.

Imperialisme merupakan pemusatan Kapital yang besar ke dalam tangan kelas Kapitalis Kewangan di beberapa negara. Daripada 80 syarikat dengan hasil cair terbesar, 35 dari Amerika Syarikat, 19 dari China, 5 dari Jerman dan 5 dari Jepun. Pemusatan ini lagi tinggi dengan bank: setiap bank daripada 12 bank terbesar di dunia, yang kebanyakannya dari Amerika Syarikat ataupun China, ada aset-aset yang lagi bernilai daripada KDNK Brazil. Dana-dana dari rizab mata wang global yang digunakan oleh imperialis untuk meningkatkan pengawalan dan pemusatan juga menyatakan kecenderungan ini. Kini, saham-saham Perbendaharaan Amerika Syarikat dan dana berdaulat negara-negara Eropah bersama-sama merupakan 80% daripada rizab mata wang seluruh dunia (60% dan 20% masing-masing), manakala Renmibi dari China hanya sebanyak 2.83% — ini menunjukkan kekuatan berhegemoni AS berbanding dengan China dan kuasa-kuasa lain.

Wacana palsu imperialisme tentang alam sekitar menyembunyikan fakta bahawa orang-orang terkaya 1% bertanggungjawab untuk 41%  daripada semua cpelepasan karbon dan sekiranya kita pertimbang golongan terkaya 10%, kadar ini naik menjadi 77%. Pada masa yang sama, separuh populasi dunia, golongan miskin, hanya merupakan 3% daripada pelepasan tersebut.

Imperialisme, tahap bermonopoli kapitalisme yang nazak, jauh daripada merupakan kemajuan, membelenggukan perempuan ke pemerasan dan penindasan. Golongan perempuan, yang merupakan separuh populasi dunia, hanya menaruh sesuku gaji. Keganasan terhadap perempuan semakin meningkat di semua tempat. Namun, di seluruh dunia, keganasan terhadap perempuan tertinggi di Gaza di mana sekurang-kurangnya 38 ribu perempuan dibunuh oleh gerombolan-gerombolan Zionis.

Sekurang-kurangnya 1.1 bilion orang di negara-negara yang ditindas oleh imperialisme hidup dalam keadaan kemiskinan yang melampau. 2.3 bilion orang menghadapi situasi yang dipanggil ketidakamanan makanan yang teruk atau sederhana dan perlu mengalami inflasi yang menaik-naik. Antara Massa ini, sebahagian besar ialah golongan petani yang menghasilkan 70% makanan dunia.

Perang-perang imperialisme AS mempertajamkan lagi pemecutan ledakan baru bagi krisis ekonomi dunia dan keadaan hidup Massa yang semakin teruk (didorong oleh inflasi). Gelembung Hartanah China, yakni kesukaran imperialis China untuk meningkatkan penggunaan dalaman, menambah kepada gelembung syarikat teknologi besar AS (yang menguasai 40% daripada modal saham AS).

Imperialisme berada dalam krisis kemerosotan umum. Apabila ia cuba mengatasi krisisnya, ia menurunkan keganasan atas Rakyat-Rakyat tertindas dengan lagi-lagi kekejaman, meluaskan perang-perang pencerobohan, dan perompakannya. Dalam cubaan terdesak untuk kekalkan posisi berhegemoninya, imperialisme AS semakin menekan kuasa-kuasa imperialis Eropah Barat (serta Jepun dan Australia) untuk memaksakannya berpatuh kepada perintah AS dan berkhidmat kepada kepentingannya — ini menyebabkan perebutan semakin kuat dan penajaman pertentangan antara kuasa-kuasa imperialis. Perang-perang untuk pembahagian rampasan (Amerika Latin, Afrika dan Asia, termasuk yang sebegitu dipanggil Timur Tengah) semakin berkembang.

Namun, serangan kontra-revolusioner imperialisme, terutama didorong sejak permulaan 1990-an — yang bertujuan untuk menahan perkembangan perjuangan proletariat antarabangsa dan perjuangan pembebasan nasional — sepenuhnya gagal. Keadaan objektif dan subjektif untuk perkembangan kedua-dua gerakan revolusi dunia, iaitu gerakan pembebasan nasional dan gerakan proletariat antarabangsa, berkembang baik. Ini menunjukkan dengam jelas permulaan Zaman Revolusi Baru di dunia.

Tugas-Tugas Kita

Walau kekuatan subjektif revolusi masih relatifnya lemah, lagilah lemahnya Parti, angkatan tentera dan rejim kelas-kelas pemerintah: kekuatan kontra-revolusi duduk atas dasar yang merosot. Ini menawarkan keadaan untuk kekuatan revolusi untuk memaju secara lonjakan. Di bawah keadaan ini, kekuatan seluruh Gerakan Komunis Antarabangsa diserukan untuk sebuah cabaran besar: pengenaan Marxisme-Leninisme-Maoisme sebagai perintah dan panduan untuk mendorong Revolusi Proletariat Dunia.

Bagi memenuhi tugas bersejarah ini, penting dan tak dapat dielakkan untuk memajukan perjuangan penubuhan atau penubuhan semula Parti-Parti Komunis Marxis-Leninis-Maois supaya — di tengah-tengah pertentangan kelas yang keras dan di tengah-tengah perang-perang rumit serba jenis — dapat mengembangkan perang revolusioner, Perang Rakyat, untuk mendorong Revolusi Proletariat Dunia. Kaum komunis di seluruh dunia menghadapi dua tugas yang mendesak. Pertama-tama, untuk mempertahankan panji merah Marxisme-Leninisme-Maoisme yang berkibar di India, untuk merapatkan baris dengan Parti Komunis India dan untuk menaikkan sokongan untuk Perang Rakyat dipimpin olehnya ke tahap-tahap baru, melawan serangan-serangan Imperialisme, Revisionisme dan Reaksi yang bersepakat antara satu sama lain. Kedua, untuk mendorong mobilisasi anti-imperialis di seluruh dunia, membangkitkan sikap berlawannya melalui tindakan yang menyapu bersih belenggu legal dan reformis yang cuba diikatkan oleh oportunisme dan revisionisme, dengan melepaskan kemarahan adil Massa, terutamanya menyokong perjuangan terhadap pencerobohan imperialis dan demi pembebasan nasional negara-negara dan Rakyat-Rakyat di Amerika Latin dan Asia Barat, inilah aspek dasar.

Zaman baru ini ditandai fakta transenden besar: Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023. Peristiwa ini bukan sahaja tindakan heroik oleh rakyat tertindas tetapi juga sebuah kekalahan untuk imperialis AS di rantau ini. Serangan balasan Barisan Penentangan Negara Palestin ini menggemparkan seluruh dasar tatanan rantau dan dunia. Ia menunjukkan bahawa orang bawahan tidak menerima terus hidup seperti sebelumnya dan orang atasan tidak boleh terus memerintah seperti sebelumnya. Kesemua perkembangan situasi dunia ditandai secara mendalam oleh peristiwa agung ini. Taufan Al-Aqsa merupakan kekalahan kepada Perjanjian Oslo dan Perjanjian Abraham, dan pukulan kepada Kerajaan Israel, pangkalan utama kuasa imperialis AS di rantau. Ia memaksakan imperialisme AS untuk lagi-lagi membantu Kerajaan Israel dan untuk meningkatkan perang pencerobohanya untuk kekalkan posisinya.

Barisan Penentangan Negara Palestin melawan dengan heroik genosid kejam selama 3 tahun, sebuah musuh yang dipersenjatai dan dibiayai oleh Kuasa imperialis terkuat di planet ini, dengan persenjataan unggulnya. Walaupun demikian, Barisan ini memaksakan kuasa imperialis itu berunding untuk perjanjian damai. “Sifat harimau kertas” imperialisme AS dan perkakasnya Israel ditunjukkan kepada seluruh dunia. Di dalam Israel, semua kontradiksi diperdalam. Israel lebih bergantung kepada kewangan dan persenjataan AS untuk hidup.

Tiga tahun Barisan Penentangan Negara Palestin yang tak terkalahkan telah menaikkan kesedaran politik Massa di seluruh dunia. Akibatnya, gerakan anti-imperialis berkembang di semua negara — biar negara tertindas ataupun imperialis — secara hebat. Lagipun, kewujudan Kerajaan Israel dipersoal oleh Rakyat sedunia yang menuntut penghancurannya dan pembinaan Palestin merdeka. Gelombang gerakan anti-imperialis baru yang semakin meningkat menjangkau setiap pelosok dunia, yang menyeru agar imperialisme disapu bersih dan untuk mengakhirkan semua reaksi. Selepas tiga tahun perang, fakta telah menunjukkan bahawa ia adalah Massa, Rakyat Palestin, yang maha berkuasa, bukan imperialis AS dan perkakasnya Israel.

Dalam perang pencerobohannya terhadap Iran, Amerika Syarikat ingin menghasilkan “perubahan rejim”, melalui perkakas tempatannya, dan menguasai semula negara ini yang terhilang pada tahun 1979. Antara objektif-objektifnya, satu adalah untuk mencegah pendekatan strategik Iran dengan China dan untuk menjejaskan pembekalan tenaga China. Namun, ia bukan sahaja sebuah perang untuk penguasaan bahan-bahan. Apabila menimpa Iran, imperialis AS dan Kerajaan Israel juga ingin memencilkan dan mengalahkan kekuatan penentangan nasional terhadap imperialisme AS di rantau ini. Selepas lebih daripada 40 hari kempen tentera bersama yang ganas terhadap Iran, Lubnan, Palestin dan Yaman, AS gagal untuk mencapai apa-apa objektifnya.

Yang bergenosid Trump dan Netanyahu mendakwa kemenangan palsu. Pengerusi Mao berkata bahawa imperialis AS sepenuhnya sombong dan nafikan kemunasabahan, dan ciri ini berasal dari sifat kelasnya dan kemerosotannya yang sedang berlaku. Kesombongannya hanya menyebabkan lebih lagi kegagalan. Walaupun mengalami kekalahan berturut-turut, imperialis AS akan terus buat hal sampai kekalahan terakhirnya, inilah logik semua imperialis.

Di Amerika Latin, AS memecut pelan-pelannya untuk meningkat penguasan atas rantau ini. Imperialis AS telah menculik Presiden Maduro dan Cilia Flores dan mengebom Venezuela untuk menguasai negara dan minyaknya. Imperialis AS mengebom tempat lahir perjuangan kemerdekaan terhadap penguasaan penjajah Sepanyol dan mengacukan senjatanya ke Rakyat Amerika Latin, terutamanya negara Kuba yang berdekad-dekad menentang kuasa Amerika, berjuang terhadap sekatan haram dan pencerobohan terus-menerus, sambil mempertahankan kedaulatannya. Hari ini, kita mestilah mengangkat slogan: Yankee, tidak! Kuba, ya!

Pencerobohan ganas terhadap Venezuela hanyalah permulaan serangan campur tangan dan pencerobohan imperialis baru terhadap benua ini. Dalam situasi ini, semua orang perlu memilih satu belah. Belah majoriti: orang asal, petani, massa pekerja di bandar dan desa, pemuda (yang menyertai barisan pertama dalam perjuangan), dan organisasi-organisasi yang bangkit melawan pencerobohan imperialis dan perkakas-perkakasnya — Atau belah minoriti: pengkhianat paling teruk, pengikut teori penguasaan negara, seperti Lula, Sheinbaum, Boric, Petro ( yang cepat menawarkan perkhidmatan dia kepada Trump dan lari ke White House bertanya untuk senjata terhadap perang tani di Colombia) dan Puan Rodriguez.

Pencerobohan Yankee terhadap Amerika Latin yang tanpa keraguan meningkatkan lagi-lagi dalam zaman yang akan datang, adalah pengesahan fakta penting bahawa benua ini ialah mata rantai terlemah dalam rantai imperialis, medan tempur di mana perkembangan masa depan Revolusi Proletariat Dunia akan dibentukkan. Di Brazil, sebuah negara dengan penumpuan massa terbesar di Amerika Latin, pertempuran yang akan membuat tatanan lama dan penguasaan imperialis bergoncang sedang ditempakan.

Imperialis menyebarkan pasukan-pasukannya di zon-zon besar Amerika Latin, Asia dan Afrika. Lagipun di dalam negara-negara imperialis, mereka menggerakkan jentera penindasannya terhadap rakyat sendiri. Imperialis dan reaksioner, seperti raksasa dengan kaki tanah liat, pada hakikatnya kubu-kubu kecil, pulau-pulau kecil yang dikepung pada semua belah. Rakyat tertindas Asia, Afrika dan Amerika Latin adalah sebahagian daripada laut besar massa proletar dan rakyat tertindas. Lagi dalam imperialisme tembus ke dalam zon-zon revolusi ini, lagi cepat ia dipulaukan oleh lautan massa pemberontak sedunia yang akan menenggelaminya dengan gelombang.

Dasar imperialisme adalah untuk memecahbelahkan Rakyat dari segi agama, asal etnik dan kewarganegaraan. Dasar komunis adalah untuk menyatukan semua massa tertindas dan terperas terhadap musuh. Kaum anti-imperialis ialah penyokong hak penentuan nasib sendiri semua negara. Mengalahkan pencerobohan imperialis adalah sebahagian daripada tugas-tugas Revolusi Demokratik Baharu. Oleh itu, kaum komunis mesti menyokong dan mengambil bahagian yang aktif dalam penentangan, melawan dengan merdeka dan berdikari, terhadap pencerobohan dan di tengah-tengah perjuangan, mendirikan kepimpinan proletar Marxis-Leninis-Maois, yang adalah syarat mustahak untuk perjuangan konsisten terhadap imperialis, semestinya terikat dengan perjuangan untuk menyelesaikan Revolusi Demokratik di negara-negara tertindas.

Mereka yang  dengan tindakan berpegang teguh kepada penentangan nasional terhadap pencerobohan imperialis AS dan Zionis, dan mempertahankan hak untuk penentuan nasib sendiri nasional, berdiri secara objektif pada belah barisan anti-imperialis dan mesti disokong selagi mereka mengekalkan pendirian ini. Maka, menghadapi fakta bahawa Rakyat dan massa pekerja sedang angkat senjata terhadap penceroboh imperialis, kita mesti kata: lagi ada, lagi baik! Ada juga kelas-kelas lain yang angkat senjata untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara, ini perkara baik, kita juga mesti kata “lagi baik, kurang buruk”.

Kesemua mereka yang bertindak — ataupun menawarkan diri sebagai — hamba-hamba penceroboh imperialis adalah sebahagian daripada barisan pencerobohan imperialis dan ia adalah tugas anti-imperialis untuk mengutuk dan melawan mereka.

Imperialisme AS semakin terpulau dan semua Rakyat sedunia mengakui bahawa imperialisme ialah sumber semua perang. Perjuangan terhadap pencerobohan imperialis ialah sumber inspirasi besar dan gerakan anti-imperialis merata-rata bangkit. Aliran ini ialah asas utama bagi dorongan untuk mengembang Revolusi di dunia.

Namun, perjuangan konsisten terhadap imperialisme tidak boleh dihadkan kepada perjuangan menentang pencerobohan. Bagi mengembang perjuangan konsisten, ia mesti meneruskan dalam menghancurkan pangkalan-pangkalan penguasaan imperialis di negara-negara yang ada kapitalisme birokratik, borjuasi besar dan tuan tanah besar, melalui Revolusi Demokratik Baharu. Di negara-negara imperialis, imperialis mesti dilawan di kubu-kubu sendiri, perjuangan yang mesti dilancar tiada terpisah dengan gerakan pembebasan nasional di negara jajahan atau negara setengah jajahan, melalui Revolusi Sosialis. Kenyataan perjuangan yang tertinggi, paling konkrit dan konsisten terhadap imperialisme dijumpa di mana ia dikembangkan menjadi Revolusi sebenar dipimpin oleh Parti Komunis Marxis-Leninis-Maois melalui Perang Rakyat. Perjuangan ini ialah parit perjuangan tertinggi untuk menyapu bersih imperialisme dan reaksi dari muka bumi dan untuk membangunkan kuasa baharu.

Oleh itu, kini, hati dan minda kita mesti dihalakan ke anak benua India di mana Parti Komunis (Maois) memimpin Revolusi Demokratik Baharu melalui Perang Rakyat, dengan berani menggerakkan Rakyat Massa terluas demi pertahanan haknya, dan antaranya, yang tertinggi: Revolusi. Operasi Kagaar yang terkenal yang baru-baru ini ditamatkan ialah salah satu lembaran Perang Terhadap Rakyat dipimpin oleh kelas-kelas pemerintah India yang adalah hamba-hamba imperialis. Kini, kita boleh menegaskan bahawa Operasi Kagaar telah gagal, sama seperti operasi-operasi terdahulu, speerti Operasi Green Hunt, dan semua operasi-operasi kontra-revolusioner masa hadapan terhadap rakyat akan gagal, sampai kekalahan terakhir reaksi.

Kaum fasis yang ingin melalui segala cara untuk menyesakkan nafas Revolusi India hanya menyebabkan suaranya semakin kuat di seluruh dunia. Laungan perang Komrad Basavaraj bergema di seluruh dunia. Keputusan kaum komunis untuk merapatkan baris dengan PKI (Maois) ialah bukti agung kepadanya.

Bomkan ibu pejabat revisionisme!

Pengerusi Mao mengajarkan kita bahawa hanya dengan melawan revisionisme dapatlah kita mengembang kekuatan Revolusi. Oleh itu, menghadapi tugas-tugas baharu Revolusi dunia, kita mesti menaikkan pertentangan antara Marxisme-Leninisme-Maoisme dan revisionisme dalam semua bentuknya. Hari ini, apabila kita menyambut ulang tahun ke-60 RAKP, kita mesti menegaskan semula perjuangan kita terhadap restorasi kapitalis di China, mengangkatkan perjuangan kita terhadap revisionisme “Parti Komunis China (PKC)” palsu. Revisionisme Xi Jinping merupakan salah satu jenis utama revisionisme, salah satu kebahayaan utama bagi gerakan proletariat antarabangsa dan gerakan pembebasan nasional dan mesti dilawan di semua barisan.

Revisionisme Xi Jinping adalah sebahagian daripada aliran kontra-revolusioner di dunia, ia mengguna panji merah palsu untuk melawan perkembangaan kedua-dua aliran Revolusi dunia. Xi Jinping ialah pengikut setia kepada jalan Deng Xiaoping, ditakrifkan pada tahun 1988 sebagai “beralih daripada pertentangan kelas ke produktiviti, dari pengasingan ke keterbukaaan”. Kuasa imperialis sosial China ialah sosialis dalam kata-kata dan imperialis dalam tindakan.

Peranan imperialis sosial China dan imperialis Rusia dalam konflik-konflik terkini menunjukkan sifatnya. Kedaulatan Syria dijual melalui perjanjian antara imperialis Rusia dan Amerika, memberikan negara kepada panglima perang, iaitu askar upah pro-imperialis dan Salafi, untuk kepentingannya di Ukraine. Ini menunjukkan cara Rusia, dalam perebutan dan persepakatan, menghidang kedaulatan Syria atas piring kepada imperialis AS.

Di Palestin, pada masa yang sama Barisan Penentangan Naisonal melancarkan perang keras terhadap pendudukan dan genosid yang dilakukan oleh Israel, imperialis sosial China memperkuat hubungannya sebagai rakan kongsi sosioekonomik kedua bagi Israel dan destinasi pertama bagi eksportnya. Menerusi agen-agennya, mereka mengalakkan kapitulasi dan jalan birokratik yang diwakili “Pihak Berkuasa Palestin” palsu.

Imperialis sosial China, sambil membuat pernyataan “lincir” terhadap perang pencerobohan, melakukan perundingan bilik belakang (back-room negotiations) dengan kedaulatan negara-negara dan kepentingan Rakyat untuk perjanjian yang menyebelahi kepentingan ekonomi sendiri. Bagi menyelewengkan gerakan anti-imperialis dari jalan revolusi, kaum revisionis Xi Jinping cuba menghidupkan semula yang buruk dinamakan teori “Tiga Dunia” tentang “Selatan Global”, BRICS, dll. Dengan ini, mereka bergantung kepada bantuan parti-parti revisionis lama di seluruh dunia. Ini adalah kontra-aliran yang bertujuan untuk menjejaskan dan menyelewengkan gerakan pembebasan nasional untuk berkhidmat kepada kepentingan kuasa imperialis lain.

Pada 1966, pada permulaan RAKP, Pengerusi Mao mentakrifkan revisionisme sebagai peninggalan perjuangan terhadap musuh. Inilah intipati revisionisme moden. Inilah “semangat” yang disebarkan oleh revisionisme Xi Jinping, iaitu semangat kapitulasi di depan perjuangan terhadap imperialisme dan reaksi.

Pengerusi Mao menyatakan bahawa proletariat ada masa hadapan yang cemerlang dan kaum revolusioner ialah optimis proletar — inilah persolan ideology yang agak penting sekali. Pengatasan yang lama oleh yang baharu ialah hukum Alam Semesta yang umum dan tidak boleh dilanggarkan. Pesimisme ialah perasaan revisionisme dan mencerminkan ideologi bukan proletar yang bertentangan dengan materialisme dialektik. Pesimisme ialah pinta masuk kapitulasi dan pembubaran dan mesti disapu bersih dari baris-baris kita.

Klik revisionis, kapitulasis dan penyeleweng Sonu di India dan pengikut-pengikutnya di dalam Gerakan Komunis Antarabangsa (GKA) setia kepada idea-idea pesimisme, kapitulasi dan kekurangan kepercayaan kepada massa, Parti dan Reovlusi. Bagi mereka, bukanlah massa tetapi imperialis yang bermaha kuasa. Mereka tidak peduli tentang kepentingan dan nasib massa, proletariat dan rakyat, mereka hanya peduli individualisme yang penuhi hati dan mindanya.

Semangat mereka ditentang oleh pemimpin-pemimpin sebenar PKI (Maois), seperti Komrad Basavaraj, yang mempersenjatai Parti dengan semangat lawan musuh dengan berani, memberi contoh tentang memberi nyawa diri demi Parti dan Revolusi. Apabila mempertahankan jalan Perang Rakyat, Komrad Basavaraj menyatakan bahawa “Tentera Pembebasan Gerila Rakyat (TGPR) mesti menjadikan diri sebagai tentera merah yang tak terkalahkan yang berani menghancurkan musuh agar menunjukkan keberanian agungnya. Perang rakyat yang dilancarkan oleh tentera merah sebegitu dipimpin oleh parti tidak dapat dikalahkan”.

Tambahan pula, Komrad Basavaraj menonjolkan dan membuktikan dengan hidup diri sendiri bahawa: “adalah penting untuk melawan dengan semangat, berani dan berkorban untuk membela parti kita, TGPR dan organ-organ kuasa rakyat dari serangan musuh, untuk mendapati kejayaan baru, untuk bermaju secara lonjakan dan untuk menimpa lagi kekalahan kepada musuh. Maka, serangan kita terhadap musuh mestilah sentiasa penuh dengan kebencian kelas, keberanian dan keazaman. Kita mesti tahu bahawa tidak mungkin untuk mencapai tujuan politik kita dan mewujudkan kepentingan rakyat tanpa korbanan”.

Semua komunis sedunia mesti melawan kapitulasisme Sonu dan menghayati semangat berani Komrad Basavraj dan beberapa dozen Pemimpin-Pemimpin dan Massa tak terkira yang mengorbankan hidupnya demi Revolusi. Apabila mengorbankan hidupnya demi Parti dan Revolusi, Komrad Basavaraj tidak membenarkan tercemarnya ideologi proletariat dan Parti lalu menaklukkan kejayaan genap bagi PKI (Maois) terhadap revisionisme dan kapitulasi, maka kejayaan demi seluruh GKA.

Xi Jinping merehabilitasikan semula Liu Shaoqi, “Khrushchev Cina”, bagi mempromosikan propaganda “peralihan damai”, “kewujudan bersama damai” dan “persaingan damai” untuk mengambil tempat perjuangan terhadap imperialisme dan pertentangan kelas dengan “teori kuasa produksi” yang busuk. Seperti Garis Oportunis Kanan (GOK) di Peru dan Prachanda di Nepal, klik Sonu di India menyokong penafian Revolusi Demokratik Baharu, penafian tahap Revolusi Agraria, keperluan untuk memusnahkan asas setengah feudal di negara-negara setengah jajahan dengan mendakwa bahawa “setengah feudalisme sudah lalu hasil penguasaan imperialis”.

Komrad Basavaraj mengajarkan bahawa kaum komunis mesti menggerakkan kelas tani secara bertentera pada skala yang besar dalam Revolusi bersenjata bagi menyelesaikan sepenuhnya persoalan tanah, inilah keadaan paling asas dan syarat untuk mengalahkan semua musuh dan menyelesaikan Revolusi Demokratik Baharu. Kebenaran inilah yang kaum komunis mesti berpegang teguh kepada.

Adapun penyokong rahsia idea-idea Sonu di dalam baris-baris GKA, pengikut-pengikut malu Avakian, Prachanda dan GOK serta Xi Jinping. Mereka membungkusi diri dalam bendera-bendera merah bagi melaung pengisytiharan “terhadap imperialisme dan demi pertahanan Perang Rakyat di India” tetapi mereka sebenarnya tidak melawan imperialisme dengan tindakan dan menolak bergerak melawan arus. Orang-orang ini cepat menyuarakan tentang sektarisme untuk membela “perpaduan” tetapi pada masa yang sama, mereka ganas menyerang sesiapa yang tidak menerima “peranan pimpinan”nya, membuat tipu daya dan komplotan dengan pengkhianat dan pembelot terkenal, dan cari perpaduan dengan “rumah orang tua uzur”, diwakili ICOR revisionis. Mereka pun sama, seperti yang sebut kata-kata keras terhadap imperialisme tetapi sudah lama putus asa untuk berjuang terhadap borjuasi imperialis di negara-negara imperialis (yang juga termasuk “borjuasi sendiri” mereka) tetapi mendakwah cauvinisme sosial dan patriotisme sosial. Inilah musuh dalaman yang menentang GKA dan Revolusi Dunia yang mesti dibongkarkan.

Revisionisme ialah bahaya utama bagi GKA, ia adalah kontra-arus yang bertujuan menghalang perjuangan terhadap imperialisme dan menyelewengkannya dari kandungan revolusi dengan memecahbelahkan dua aliran Revolusi dunia.

Kita mesti belajar dan amalkan apa ditakrifkan Pengerusi Mao tentang strategi dan taktik Revolusi dunia tentang zaman kini: Marxis-Leninis-Maois semua negara, bersatulah! Rakyat Revolusioner se-Dunia bersatulah dan kalahkan imperialisme, revisionisme kontemporari dan semua reaksioner! Dengan ini, gerakan pembebasan nasional bergabung dengan gerakan proletariat antarabangsa dan kedua-dua kekuatan ini mendorong perkembangan sejarah dunia.

Revolusi proletar mengambil bentuk nasional tetapi intipatinya antarabangsa. Revolusi di setiap negara berkembang sebagai sebahagian daripada dan tiada terpisah daripada Revolusi Dunia. LKA menegaskan semula ikrarnya untuk terus gerakkan syurga dan bumi untuk memajukan tugas utama, iaitu mengenakan Maoisme sebagai perintah dan panduan Revolusi proletariat dunia, menyatukan semula GKA dan memajukan pembinaan organisasi antarabangsa proletariat ke arah menubuhkan semula Internasional Komunis yang agung — contoh yang amat penting sekali bagi gerakan komunis untuk memukul imperialisme di setiap tempat planet ini sebagai satu tumbuk besi.

Hidup ulang tahun ke-60 Revolusi Agung Kebudayaan Proletariat!
 
 Bomkan ibu pejabat revisionisme!
 
 Hidup Marxisme-Leninisme-Maoisme!
 
 Hidup Liga Komunis Antarabangsa!
 
 Turunkan imperialisme! Hidup Perang Rakyat!

Liga Komunis Antarabangsa

1 Mei 2026

Previous post Malay translation of the ICL Statement for the 1st of May